Assalamualaikum wbr

Selamat bertandang ke teratak hamba...

Selasa, 15 Mei 2012

UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU


Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu

Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman.

Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu.

a)        Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memebrikan nama am atau khsusu kepada benda, perkara (fenomena)

b)        Perkataan bahaas melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.

c)        Kegemaran menggunakan bahasa asing.

d)       Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengaggungkan bahasa asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab.



Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman:

a. huruf atau sistem tulisan

b. bunyi-bunyi

c. imbuhan

d. kosa kata sepertiperkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan

e. struktur ayat.



Jenis-jenis peminjaman

a. peminjaman tulen (matematik, bonus)

b.  peminjaman kacukan (kasut but)

c. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam)

d, peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).

e. peminjaman kuno (purnama)

f. peminjaman berpindah (vokal/vowel)

Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut:

Sanskrit - Arab - Indonesia - Inggeris



Bunyi-bunyi Asing

Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu, memang terdapat pinjaman daripada bahasa-bahasa Arab, Inggeris dan sanskrit.

Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/ seperti dala perkataan syurga, swadaya, swasta, swalayan dan swasenyawa.

Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula, terdapat bunyi-bunyi seperti dalam jadual di bawah. Bunyi /sy/ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya daripada bahasa Arab dan Parsi pula.

Bunyi
Contoh Perkataan
/sy/
syarikat, syamsiah, syarak, isyarat, isyak
/kh/
khabar, khadam, khas, bakhil, tarikh
/gh/
ghairah, ghalib, ghazal, maghrib
/f/
fakir, fitrah, tafsir, tafahus, mualaf
/dh/
darab, darurat, kadi, fardu, haid (bunyi ini dilambangkan dengna huruf d)
/z/
zalim, zaman, wazir
/th/
sabit, selasa, isnin, misal, hadis (disebut sebagai `s')
/q/
qari, qadim, furqan



Daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah lain) bahasa Melayu telah meminjam bunyi-bunyi seperti berikut (lihat jadual):

Bunyi
Contoh Perkataan
/f/
fasa, fokus, kafe, sofa lif, staf
/v/
vaksin, vakum, novel, televisyen
/sy/
syampu, syif, televisyen, kusyen
/z/
zip, zon, dozen, gazet

Imbuhan Asing

Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan Inggeris-Eropah.

Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. Lihat jadual di bawah.

Sumber
Jenis Imbuhan
Imbuhan
Contoh Perkataan
Sanskrit
awalan
maha-
maharaja, mahaguru, mahasiswa
pra-
prakata, prasangka, prauniversiti
tata-
tatacara, tatarakyat, tatasusila
swa-
swasta, swadaya, swalayan
eka-
ekabahasa, ekafungsi, ekanada
dwi-
dwibahasa
panca-
pancaindera, pancalogam,.
akhiran
-man
seniman, budiman
-wan
karyawan, hartawan
-nita
biduanita
-wati
seniwati, angkasawati
Arab-Parsi
Awalan
bi-
binomial, biadab, bimormal
Akhiran
-i
abadai, insani, akhiri
-wi
duniawi
-iah
ilmiah
-in
hadirin
-ah
ustazah
-at
hadirat
Inggeris-Eropah
Awalan
anti-
antibiotik, anti-Yahudi
pro-
prokerajaan, pro-Amerika
poli-
poliklinik
auto-
autonomi, autograf
sub-
subgolongan, subbidang
supra-
supranasional, suprakelas
Akhiran
-al
klinikal, kritikal, praktikal
-isme
idealisme, nasionalisme

Pengaruh Bahasa Inggeris

 Aspek Pinjaman

Kosa kata: lokap, komen, polis, saman, notis, doktor, warden, bas, lori, kelas, sarjan, lesen, tenis, elaun, aiskrim, opera, motokar, radio, reformasi, demokrasi, nepotisme, teknologi, sains, komputer.

Pinjaman Nahu

Kopula/kata pemeri: Ialah dan adalah (is)
Pinjaman Peribahasa: Beban kerja (work load), bulan madu (honey moon), ulat buku (book worm), hitam putih (black and white), di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where

Tiada ulasan:

Catat Ulasan