Assalamualaikum wbr

Selamat bertandang ke teratak hamba...

Rabu, 9 Mei 2012

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


Asal Usul Perkataan“MELAYU”


1.      Perkataan “Melayu” hanya wujud pada abad ke-5 Masihi.
2.      Sebelum itu orang-orang China menamakan penduduk Asia Tenggara sebagai Kun Lun.
3.      Istilah Kun Lun ialah sebutan pelat orang Cina bagi perkataan “kundur”.
4.      Asal-usul perkataan Kun Lun atau kundur itu pula berasal daripada nama sebuah pulau di Selatan Vietnam iaitu Pulou Condor (Pulau Kundur).
5.      Hal ini membuktikan wilayah Viatnam, Kempuchea, dan Laos suatu ketika dahulu ditadbir oleh sebuah kerajaan Melayu. Catatan sejarah menyebut kerajaan itu dinamakan Kerajaan Melayu Champa.
6.      Oleh sebab bentuk fizikal penduduk Asia Tenggara sama dengan penduduk Pulou Condor, maka orang-orang Cina menamakan juga penduduk Asia Tenggara sebagai
7.      orang Kun Lun.
8.      Terdapat beberapa pendapat tentang asal-usul perkataan “Melayu”:

BIL
TOKOH
ASAL PERKATAAN
BUKTI / HUJAH
1.       
Zubir Usman
Malayeupura (Malayupura, Malaya pura) bermaksud Kota Melayu atau negeri Melayu.
Berdasarkan prasasti Bukit Gombak 1347 di Sumatera Barat
2.       
Mohd. Dahlan Mansoer
Malayu - nama sebuah sungai di Jambi iaitu cabang sungai Batanghari.
Sungai itu dinamakan Malayu kerana airnya deras seperti berlari. Kata Mlayu dalam bahasa Jawa bermakna lari. Ini dikaitkan pula dengan sejarah orang Melayu yang ‘lari’ dari tempat asal.
3.       
Fachruddin Saudagar
Nama sebuah kerajaan di Jambi iaitu kerajaan Malayu
Catatan Sejarah China mengatakan pada tahun 644M / 645M Kerajaan Malayu menghantar utusan ke China. Catatan I-Tsing : beliau pernah singgah di sebuah kerajaan bernama Mo-Lo-Yu di Sumatera
4.       
Van Der Tuuk
Malaya kependekan daripada Himalaya atau Hima Alaya
Hima bermaksud  salji dan Alaya bermaksud tempat. Himalaya bermaksud tempat bersalji. Ini berkaitan dengan asal-usul orang Melayu dari pergunungan di Yunan


Pengertian Melayu / Bangsa Melayu


1.      Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Melayu ialah warganegara Malaysia yang beragama Islam, berkebudayaan Melayu, dan lazim bertutur dalam bahasa Melayu (Fasal 153, 161)
2.      Mengikut pengertian umum, Melayu ialah suku bangsa Melayu yang terdapat di Asia Tenggara, keturunan etnik Melayu, mengamalkan adat resam dan kebudayaan Melayu.
3.      Mengikut takrif UNESCO, Melayu ialah satu rumpun bangsa yang besar di bahagian Tenggara benua Asia.

 Asal Usul Orang Melayu

1.      Sejarah asal usul bangsa Melayu masih belum banyak diketahui kerana dua faktor iaitu
a)      Tidak banyak orang yang mengkaji
b)      Kurang bahan untuk dik
2.      Antara sarjana yang aktif mengkaji  asal-usul bangsa Melayu ialah Henderick Kern, Von Heine-Geldern , Nicolaas J. Kroom, Van Ronkel, N.H. Kerne, dan Reinhold Rost.
3.      Terdapat 3 kesimpulan asas tentang penduduk Asia tenggara berdasarkan kajian arkiologi:
a)      Terdapat hubungan yang meluas  antara pelbagai kelompok di Asia Tenggara dan di Pasifik. Hubungan ini dikatakan berlaku sejak zaman batu lama (Paleolitik).
b)      Berdasarkan kajian nekara (gendang gangsa), zaman yang dikatakan Dongson berlaku pada abad kedua atau pertama Sebelum Masihi. Nekara yang dijumpai menunjukkan satu evolusi kebudayaan yang agak panjang yang menunjukkan pertalian pelbagai kelompok di kawasan Asia Tenggara.
c)      Berdasarkan kajian tradisi membuat tembikar (tradisi Sa-Huyunh-Kalany, tradisi Bao-Malayu, tradisi Novaliches) terdapat dua  jalan penghijrahan yang dilalui oleh penduduk Asia Tenggara dari utara ke selatan.
i.                    Melalui persisir daratan Asia ke Vienam dan seterusnya ke Semenanjung Tanah Melayu, kemudian ke Borneo, Palawan dan Visayan, Indonesia dan akhirnya ke Irian.
ii.                  Desakan kuat di Utara China mendesak pendokong tradisi Bao-Malayu untuk bergerak ke Farmosa, Selatan Jepun, kemudian ke Filipina, Borneo, Sumatera dan ke Utara, Semenanjung Tanah Melayu, Negeri Thai, Kemboja, dan Vietnam.
4.      Kajian tentang asal usul orang Melayu kemudiannya banyak berdasarkan penemuan artifak.
5.      Artifak yang menarik para pengkaji ialah ‘Beliung Segi Panjang’ yang dijumpai di lembah  sungai Hwang Ho, Yang Tze, Mekong, Salween, Irrawaddy, dan Brahmaputera. Beliuang yang sama juga dijumpai di Kepulauan Melayu.
6.      Oleh sebab bentuk yang lebih asli dijumpai di Tanah Melayu dan bahagian tengah Sumatera Selatan, maka dapat diandaikan bahawa melalui jalan inilah orang-orang Melayu Kuno itu mengembara ke bahagaian lain di Asia Tenggara.
7.      Para Penyelidik mendapati terdapat persamaan beliung segi panjang yang dijumpai di Tanah Melayu dengan kebudayaan orang-orang darat Mon-Khmer. Mereka berpendapat bahawa orang-orang inilah yang mengembara dan membawa tradisi tersebut.
8.      Menurut Henderisk Kern, tempat lahirnya kebudayaan itu ialah di daerah Champa (Kerajaan Melayu Champa), Cichin-China, dan Kampuchea.
9.      Menurut Von Heine Gelden, kebudayaan itu berasal lebih jauh lagi iaitu daerah Yunan, Barat Daya China yang merupakan punca sungai-sungai terbesar di Asia dan Asia Tenggara. Pendapat inilah yang diterima umum hingga kini.
10.  Kebudayaan beliung segi panjang dinamakan kebudayaan Dongson mengambil sempena nama tempat penemuan pertama di Dong Son, Annam Utara.

Melayu Proto & Deutro


1.      Kira-kira tahun 3000 SM –2500 SM, satu puak daripada rumpun bangsa Austronesia di Yunan telah lari meninggalkan Yunan ke Asia Tenggara. Pengembaraan ini berterusan sehingga tahun 1500 SM. Kumpulan ini dinamakan Melayu Proto. Mereka tinggal di persisir pantai dan lembah-lembah sungai.
2.      Kira-kira tahun 1500 Sm, satu kumpulan lagi yang lebih besar dan bertamadun telah mengembara ke Selatan. Kumpulan ini dinamakan Melayu Deutro. Oleh sebab kumpulan ini lebih besar dan bertamadun, kumpulan ini delah mendesak Melayu Proto bergerak ke bahagian pedalaman dan pergunungan.
3.      Orang Melayu Proto yang masih ada sekarang terdiri daripada orang Semang, Jakun, Sakai di Tanah Melayu, Orang Batak di Danau Toba, Orang Kalang di Jawa, orang Dayak di Kalimantan, dan orang Toraja di Sulawesi.
4.      Orang Melayu Deutro terdiri daripada orang Melayu, Acheh, Jawa, Sunda, Madura, Minangkabau dan lain-lain.

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan