Assalamualaikum wbr

Selamat bertandang ke teratak hamba...

Selasa, 15 Mei 2012

Bahasa Melayu Moden


BAHASA MELAYU MODEN



Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.





Perkembangan Bahasa Melayu Pra Merdeka



  

Perjuangan Mendaulatkan Bahasa Melayu oleh Pertubuhan



MABBIM




1.      MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara,  iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta.



2.      MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai Majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.



3.      Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini, pada hakikatnya mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi. 



Bahasa Melayu/Indonesia Sebelum MABBIM




1.      Bahasa Melayu/Indonesia merupakan bahasa serumpun yang berasal daripada rumpun Austronesia. Dilihat dari segi warna kulit, rupa, dan budaya bangsa masyarakat penuturnya, dan struktur serta kosa kata bahasanya, memang tidak syak lagi bahawa bahasa Melayu/Indonesia mempunyai banyak persamaan.



2.      Namun, kedatangan Inggeris dan Belanda pada 1824 (Perjanjian Inggeris-Belanda 1824) telah membahagikan bahasa dan bangsa serumpun ini kepada tiga sempadan geografi dan politik yang ketara.



3.      Menyedari peri pentingnya bahasa serumpun ini disatukan semula bagi memastikan kelancaran komunikasi budaya, ilmu, dagang, ekonomi, teknologi, dan lain-lain, antara negara yang menuturkan bahasa Melayu /Indonesia, dan melihatkan peranan yang akan dimainkan oleh bahasa Melayu dan bahasa Indonesia di Asia Tenggara, dan di seluruh dunia, maka gagasan penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) diutarakan.



4.      Gagasan yang muncul seawal 1950-an ini mempunyai wawasan untuk menyatukan bahasa serumpun ini. Titik permulaan bagi merealisasikan hasrat ini ialah pertemuan antara Jawatankuasa Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia pada 4-7 Disember 1959.



5.      Malaysia diwakili Tun Syed Nasir, manakala Indonesia pula diwakili Dr. Slamet Mulyana. Hasilnya ialah Sistem Ejaan Malindo yang pelaksanaannya dirancangkan pada Januari 1962.



6.      Namun, konfrontasi Indonesia-Malaysia menyebabkan pelaksanaannya tertunda sehingga 7 September 1966.



7.      Seterusnya, pada 27 Jun 1967 Jawatankuasa Ejaan Malaysia dan Tim Ahli Bahasa KOTI dari pihak Indonesia mencapai keputusan untuk mewujudkan Sistem Ejaan Baru yang praktis, ekonomis, dan ilmiah.      

 



Penubuhan MABBIM




1.      Langkah penting untuk menggerakkan keputusan mewujudkan Sistem Ejaan Baru, selain mengadakan pertemuan/rapat yang membahaskan hal-hal linguistik berhubung dengan penyeragaman ejaan Indonesia-Malaysia, seperti aspek penyelarasan vokal, diftong, konsonan, susunan dan jumlah abjad, penyukuan kata, partikel, klitik, kata ulang, kata majmuk, tanda baca, pengimbuhan, dan lain-lain, ialah menghasilkan Pernyataan Bersama, Malaysia-Indonesia.   

 

2.      Dalam kunjungan Menteri Pelajaran Malaysia Encik Hussein Onn ke Jakarta, pada 23 Mei 1972, suatu perundingan dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mashuri bagi menghasilkan Pernyataan Bersama berhubung dengan usaha bersama untuk mengembangkan bahasa kebangsaan masing-masing yang meliputi aspek ejaan, istilah, dan tatabahasa telah diadakan.



3.      Rundingan ini seterusnya membawa kepada persetujuan dan penandatanganan Pernyataan Bersama Indonesia-Malaysia.

     

4.      Sebagai lanjutan daripada Pernyataan Bersama yang disepakati pada 23 Mei 1972 di Jakarta, maka suatu persidangan telah diadakan antara Panitia Ejaan Bahasa Indonesia dengan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Malaysia, pada 20-22 Jun 1972 di Jakarta.



5.      Persidangan ini bertujuan untuk menyempurnakan ejaan yang dipakai di kedua-dua negara berdasarkan perkembangan di kedua-dua negara pada ketika itu, menyemak semula persetujuan mengenai ejaan bersama yang dicapai pada 27 Jun 1967, dan bertukar-tukar fikiran mengenai masalah bersama dalam bidang bahasa secara umum.

    

6.      Lanjutan daripada Pernyataan Bersama 23 Mei 1972, dan pertemuan Panitia Ejaan Indonesia/Malaysia pada 20-22 Jun 1972, maka tertubuhlah Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM), di Kuala Lumpur, pada 29 Disember 1972.

     

7.      Setelah selesainya usaha penyeragaman ejaan, maka usaha ditumpukan oleh kedua-dua negara anggota MBIM terhadap penyelarasan istilah dalam pelbagai bidang ilmu; tumpuan diberikan pada ketika itu terhadap bidang sains asas, seperti biologi, kimia, fizik, selain bidang sains kemasyarakatan.



     

8.      Sama seperti usaha penyeragaman ejaan, sebelum penyelarasan istilah dibuat, kajian dan penelitian dibuat oleh ahli-ahli bahasa dari kedua-dua negara anggota bagi menyediakan Pedoman Pembentukan Istilah terlebih dahulu. Hasilnya, terbitlah buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu pada 1975, dan Panduan Penyusunan Kamus Istilah pada tahun 1982.

    

9.      Sesungguhnya terlalu besar jasa bakti yang disumbangkan oleh ahli-ahli bahasa daripada kedua-dua negara anggota yang telah merintis jalan menyediakan Pedoman Sistem Ejaan Baru dan Pedoman Pembentukan Istilah demi penyatuan bahasa serantau. Antara tokoh bahasa yang perlu dirakamkan namanya dan diberikan penghargaan atas sumbangan bakti mereka yang tidak ternilai ialah Profesor Dato' Dr. Asmah Haji Omar, dan Dato' Haji Hassan Ahmad dari Malaysia, Profesor Dr. Anton M. Moeliono, dan Profesor Dr. Amran Halim dari Indonesia.  

  

10.  Bagi memastikan usaha penyelarasan istilah terus bergerak bersesuaian dengan keperluan zaman, sidang/rapat antara kedua-dua negara anggota MBIM diadakan dua kali setahun, dan tempatnya diadakan secara bergilir-gilir, sama ada di Malaysia atau di Indonesia.



11.  Dalam usaha penyelarasan istilah dalam pelbagai bidang, pakar-pakar bidang diikutsertakan dalam perbahasan istilah bidang yang berkenaan. Sidang dua kali setahun ini berlangsung di negara anggota MBIM sehinggalah pada 8 November 1985, apabila Negara Brunei Darussalam menjadi anggota baharu Majlis, pada Sidang Ke-24 di Jakarta. Dengan demikian, tertubuhlah Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia, atau MABBIM.



12.  Setelah tertubuhnya MABBIM pada 1985, sidang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Sidang Majlis dan Sidang Pakar. Sidang Majlis diadakan sekali setahun, biasanya pada bulan Mac, manakala Sidang Pakar pula diadakan sekali setahun, biasanya pada bulan September.



13.  Tempat sidang digilir-gilirkan antara negara anggota. Sidang Majlis membahaskan perkara dasar MABBIM, seperti hal-hal yang berkaitan dengan pedoman bahasa, tatacara kerja sidang, dan Rancangan Lima Tahunan MABBIM. Sidang Pakar pula membahaskan khusus hal-hal penyelarasan istilah dalam bidang/subbidang tertentu.

     

14.  Sesungguhnya, bagi menterjemahkan Pernyataan Bersama 23 Mei 1972, dan Piagam MABBIM, bukan sekadar gagasan dan pemikiran tokoh-tokoh bahasa sahaja yang diperlukan, tetapi pakar-pakar bidang daripada pelbagai disiplin terpaksa digemblengkan. Memang tidak dinafikan bahawa dalam konteks ini, MABBIM secara tidak langsung telah turut membina tokoh peristilahan di kalangan pakar bidang ilmu yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam kebahasaan, khususnya bahasa Melayu/Indonesia.

     

15.  Untuk itu, sempena Sambutan 25 Tahun MABBIM pada Sidang Ke-37 di Kuala Terengganu, pada 2-6 Mac 1997, MABBIM ingin merakamkan penghargaan kepada pakar bidang daripada setiap negara anggota yang menurut panel pemilih daripada ketiga-tiga negara anggota, telah menunjukkan iltizam dan usaha yang gigih bagi memperjuangkan peristilahan bahasa Melayu/Indonesia, dan sekali gus usaha pembinaan dan pengembangan bahasa serantau ini. Anugerah Tokoh Ilmuan MABBIM diberikan kepada dua tokoh pakar bidang dari setiap negara.







PERANAN DAN SUMBANGAN MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM - INDONESIAMALAYSIA (MABBIM)



1.      Majlis mempunyai tugas sebagai yang berikut:   



2.      Menentukan tatakerja, rencana dan pelaksanaan kerja MABBIM. 



3.      Menyusun pelbagai pedoman dan panduan yang berkaitan dengan pembinaan dan pengembangan bahasa. 



4.      Menerima keputusan Sidang Eksekutif. 



5.      Merencanakan kegiatan kebahasaan lain yang sesuai dengan semangat Piagam MABBIM. 

 

Sidang Majlis




1.      Sidang Majlis terdiri daripada Seminar Kebahasaan MABBIM dan Sidang Eksekutif.



2.      Sidang Majlis diadakan sekali setahun di negara anggota secara bergilir-gilir dengan jarak waktu sepuluh hingga dua belas bulan dan lamanya kira-kira lima hari. 

 

Sidang Eksekutif 




1.      Sidang Eksekutif adalah Sidang yang dihadiri oleh wakil-wakil rasmi dari negara-negara anggota. Peserta Sidang Eksekutif terdiri daripada Ketua Perwakilan/Perutusan, Setiausaha/Sekretaris, dan sebanyak-banyaknya dua orang anggota Panitia Kerja Sama Kebahasaan/Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu.



2.      Sidang Eksekutif diselenggarakan dan dipimpin oleh Ketua Perwakilan/Perutusan tuan rumah. 



3.      Sidang Eksekutif hendaklah meneliti dan menerima daftar istilah yang disepakati dalam Sidang Pakar.



4.      Sidang Eksekutif hendaklah mempertimbangkan Laporan Sidang Pakar dan mengambil keputusan tentang usul Sidang Pakar. 



5.      Sidang Eksekutif hendaklah menyusun dan menetapkan rencana kerja Majlis. 



6.      Sidang Eksekutif boleh mengundang nara sumber untuk menyumbangkan kepakaran yang diperlukan.



7.      Sidang Eksekutif boleh mengundang peserta Sidang yang tidak menjadi anggota Eksekutif dan/atau wakil badan rasmi menghadiri Sidang Eksekutif sebagai pemerhati. 



8.      Sidang Eksekutif menetapkan waktu, tempat dan tema Seminar Kebahasaan.



9.      Tempat dan waktu Sidang Eksekutif ditentukan dalam Sidang sebelumnya.



10.  Bahasa pengantar Sidang Eksekutif ialah bahasa Melayu/Indonesia. 

 

Bahan Sidang Eksekutif




1.      Bahan Sidang Eksekutif disediakan oleh Jawatankuasa Tetap/Panitia negara tuan rumah, bahan hendaklah dikirim oleh negara anggota kepada negara tuan rumah selambat-lambatnya dua bulan sebelum Sidang Eksekutif berlangsung. 



2.      Bahan seminar diusahakan supaya diterima oleh Panitia/Jawatankuasa Penyelenggara dua bulan sebelum Sidang Majlis berlangsung. 

 

Sidang Pakar



1.      Sidang Pakar adalah pertemuan para pakar dari berbagai-bagai bidang ilmu dari negara anggota MABBIM, seperti yang telah ditetapkan oleh Sidang Eksekutif.



2.      Sidang Pakar mempersiapkan, mengolah, dan menyusun tataistilah bidang ilmu menurut Panduan Penyusunan Daftar Istilah dan Panduan Penyusunan Kamus Istilah sesuai dengan arahan Sidang Eksekutif. 



3.      Sidang Pakar bersidang sekali setahun di negara anggota secara bergilir-gilir dengan jarak waktu sepuluh hingga dua belas bulan lamanya, kira-kira lima hari. 



4.      Sidang Pakar diselenggarakan dan dipimpin oleh anggota Panitia Kerja Sama Kebahasaan, Indonesia/Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, Malaysia. 



5.      Tempat dan waktu Sidang Pakar ditentukan pada Sidang Eksekutif.  Bahasa pengantar Sidang Pakar ialah bahasa Melayu/Indonesia. 

 

Penyelenggaraan Seminar Kebahasaan



1.      Seminar kebahasaan diadakan sebagai kegiatan Sidang Majlis.

2.      Seminar kebahasaan diselenggarakan oleh negara tuan rumah Sidang Majlis.

3.      Seminar kebahasaan membincangkan kira-kira 10 kertas kerja : empat dari negara tuan rumah dan tiga bagi tiap-tiap negara anggota yang lain.

4.      Tema seminar hendaklah ditentukan oleh Sidang Eksekutif atas usul negara tuan rumah.

5.      Bahan seminar hendaklah disampaika kepada negara tuan rumah dua bulan sebelum Sidang Majlis.



Dewan Bahasa dan Pustaka



1.         Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah badan berkanun yang diberi autonomi untuk menggubal dasarnya yang khusus iaitu menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, dan menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetatif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan yang sentiasa dinamik. 



2.         DBP telah sedia menghadapi tahun-tahun mendatang dengan perancangan korporat yang tersusun. Berbekalkan Ordinan 1959, yang memberinya kuasa autonomi untuk melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan di negara Malaysia yang tercinta ini, DBP telah menyatakan wawasan dan misi untuk menjadikan BM salah satu bahasa utama dunia menjelang tahun 2020. Wawasan keramat ini diadun dalam Matlamat, Falsafah, Misi, Moto, Budaya Korporat, Rukun Budaya Korporat, Nilai Teras dan Piagam Pelanggan DBP.



3.         Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam akta DBP 1959 (semakan tahun 1978, pindaan dan perluasan 1995) adalah seperti yang berikut:- 



(a)         Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;

(b)        Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;

(c)         Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain;

(d)        Membakukan ejaan dan sebutan dan, membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;

(e)         Menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul;

(f)         Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. 





Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)









PERJUANGAN MENDAULATKAN BAHASA MELAYU OLEH INDIVUDU


Tiada ulasan:

Catat Ulasan