Assalamualaikum wbr

Selamat bertandang ke teratak hamba...

Selasa, 15 Mei 2012

Bagasa Melayu Klasik


BAHASA MELAYU KLASIK




1.      Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan sekitar abad  ke-14 hingga abad ke–18.

2.      Zaman ini merangkumi tiga zaman pemerintahan kerajaan Melayu iaitu Kerajaan Melaka, Kerajaan Acheh dan Kerajaan Johor-Riau.

3.      Bahasa Melayu berkembang dengan pesat pada zaman kesultanan Melaka.

4.      Antara karya terpenting ialah Sulalatus Salatin, Undang-undang Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat Muhamad Hanafiah.

5.      Setelah kejatuhan Melaka 1511, perkembangan Bahasa Melayu berpindah pula ke Acheh.

6.      Bahasa Melayu digunakan untuk karya-karya berbentuk tasawuf, falsafah, dan ketatanegaraan.

7.      Antara toloh yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

8.      Bahasa Melayu juga digunakan untuk menulis surat-surat antara pemerintah dengan raja Inggeris dan para pedagang luar.

9.      Selepas kejatuhan Acheh, pusat perkembangan bahasa Melayu berpindah pula ke Johor-Riau.

10.  Penulis yang terkenal ialah Raja Ali Haji.



Bukti Kewujudan Bahasa Melayu Klasik



1.      Antara bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik ialah:



a.       Batu bersurat Kuala Berang Terengganu.

b.      Karya-karya sastera seperti Sulalatus Salatih, Undang-undang Melaka Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhamd Hanafiah dan lain-lain.

c.       Surat-surat raja-raja Melayu dengan pemerintah atau pedagang Eropah seperti surat Raja Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester 1601, Surat Sultan Alauddin Shah kepada Harry Middleton 1602), Surat Sultan Acheh kepada King James Raja Inggeris 1612.



2.      Kembali ke Pulau Sumatera, di Aceh ditemui pula sebuah nisan yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan ditulis dengan tulisan India. Namun, bahasa yang digunakan merupakan gabungan bahasa Melayu, bahasa Sanskrit, dan bahasa Arab. Perhatikan transkripsinya seperti yang berikut ini:

hijrat nabi mungstapa yang prasida
tujoh ratus asta puluh sawarsa
haji catur dan dasa wara sukra
raja iman warda (?) rahmat Allah
gutra barubasa mpu hak kadah pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi Tuhan samuha
taruh dalam swarga Tuhan tatuha

3.      Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan oleh C. Hooykaas tentang Batu Nisan Minye Tujuh di atas, sebagai berikut:

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat,
tujuh ratus delapan puluh satu tahun,
bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai,
menarok di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,
masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.

4.      Walaupun tarikh Batu Nisan Minye Tujuh ini terkemudian daripada Batu Bersurat Kuala Berang, ternyata bahasa Melayu pada Batu Bersurat Kuala Berang lebih maju.

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik



1.         Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan ayat majmuk yang panjang, berbelit-belit, berulang-ulang.

2.         Banyak menggunakan struktur ayat pasif.

3.         Kebanyakannya menggunakan laras bahasa diraja atau bahasa dalam.

4.         Banyak menggunakan kata-kata klasik yang tidak digunakan lagi sekarang.

5.         banyak menggunakan kata pangkal ayat seperti al-kisah, hatta, syahdan,sebermula dan sebagainya.

6.         banyak menggunakan ayat songsang.

7.         banyak menggunakan kata penegas atau pertikel “pun” dan “lah”

Peralihan Bahasa Melayu Kuno-Klasik


Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

  • ditulis dalam huruf India
  • mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
  • bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

  • masih memakai abjad India
  • buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

  • ditulis dalam tulisan Jawi
  • membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu

Jumaat, 11 Mei 2012

Bahasa Melayu Kuno


BAHASA MELAYU KUNO



1.      Bahasa Melayu kuno ialah bahasa yang digunakan di batu-batu bersurat (prasasti). Bahasa Melayu berkembang pada abad ke-7 Masihi.

2.      Batu bersurat pertama ditemui di daerah Tanjung Periuk berhampiran Jakarta bertarikh 450M tetapi menggunakan bahasa Jawa kuno atau bahasa Sanskrit.

3.      Selepas itu, ahli arkiologi menemui batu-batu bersurat di empat tempat, iaitu:

i.                    Prasasti Kedukan Bukit 683 M di Palembang.

ii.                  Prasasti Talang Tuwo 684 M di Palembang

iii.                Prasasti Kota Kapor 686 M di Pulau Bangka.

iv.                Prasasti Karang Brahi 686 M di Meringin, Jambi.

4.      Bahasa Melayu kuno berasal daripada bahasa sanskrit samalah keadaannya dengan  bahasa Inggeris dan bahasa Eropah lain berasal daripada bahasa Latin.

5.      Ciri-ciri bahasa Melayu kuno boleh dihuraikan berdasarkan tulisan-tulisan pada prasasti, antaranya ialah:

i.                    Tiada fonem /b/, fonem ini diganti dengan /w/ contohnya /wulan/ -bulan, /wanyak/ - banyak, dan /wuat/ - buat

ii.                  Fonem /e/ pepet diganti dengan /a/ contohnya, /dangan/ atau /dgan/ - dengan .

iii.                Wujud imbuhan awalan /mar-/ yang sekarang menggunakan /ber-/ contohnya, /marlapas/ - berlepas, /marwuat/ - membuat.

iv.                Wujudnya awalan /ni-/ yang sekarang menggunakan awalan /di/ contohnya, /niparwuat/ - diperbuat, /nikanali/ - dikenali.

v.                  Terdapatnya konsonan yang berasperasi yang kini sudah tiada lagi, contohnya, /dhuka/ -duka, /bhumi/ - bumi.



Tulisan Bahasa Melayu Kuno




1.      Tulisan bahasa Melayu wujud sejak abad ke-7 Masihi lagi dan dipercayai warisan kerajaan-kerajaan sebelum abat ke-7 Masihi (Srivijaya) lagi.

2.      Bukti kewujudan bahasa Melayu kuno ialah:





Bil
Prasasti
Tarikh
Tempat ditemui
Tulisan
  1.  
Kedukan Bukit
683 M
Palembang
Wengki / Vangki / palava
  1.  
Talang Tuwo
684 M
Telaga Batu, Palembang

  1.  
Kota Kapor
686 M
Pulau Bangka

  1.  
Karang Brahi
686 M
Hulu Sungai Jambi

  1.  
Telaga Batu



  1.  
Gandasuli
832 M
Kedu, Jawa

  1.  
Inskripsi Melayu
942 M
Bogor, Jawa

  1.  
Bangkahulu
1000 M
Bangkahulu

  1.  
Patung Gangsa
1029 M
Padang Lawas Sumatera
Nagiri
  1.  
Kertanegara
1286 M
Batanghati, Jambi

  1.  
Pagar Ruyong
1356 M
Batanghari, Jambi

  1.  
Minye Tujoh
1300 M
Acheh
Pali
  1.  
Batu Bersurat Terengganu
1303 M
1387 M
Terangganu
Jawi Klasik





Batu Bersurat (Prasasti)

1.      Bukti bertulis yang tertua tentang bahasa Melayu Kuno ini terdapat di beberapa buah prasasti (batu bersurat). Yang terpenting di antara batu bersurat tersebut ialah:

(a)         Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masihi). Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava (lihat lampiran 2).

(b)        Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu Bersurat ini ditemui oleh Residen Westenenk, 17 November 1920 di sebuah kawasan bernama Talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang, iaitu lebih kurang 8 km dari Palembang.

(c)         Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.

(d)        Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.

2.  Batu Bersurat Kedukan Bukit. Bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Kedukan Bukit tersebut ditulis dengan menggunakan huruf Palava, iaitu sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu. Setelah ditransliterasikan ke huruf rumi tulisan tersebut adalah seperti yang berikut ini (dengan sedikit pengubahsuaian susunan dan bentuk, seperti c dibaca sy):

Svasti cri
cakavarsatita 605 ekadaci
cuklapaksa vulan vaicakha daputa
hyang nayik di samvau mangalap
siddhayatra
di saptami cuklapaksa
vulan jyestha dapunta hyang marlapas
dari minana Tamvar (Kamvar)
mamava yang vala dua laksa
ko dua ratus cara di samvau
dangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua vanakna
datang di matada (nau) sukhacitta
di pancami cuklapaksa vulan asada
laghu mudita datang
marvuat vanua ... Crivijaya
jaya siddhayatra subhika ...

2.      Daripada transliterasi ini jelas terlihat walaupun pernyataan yang ingin disampaikan itu berkenaan dengan Raja Sriwijaya yang menganuti fahaman Hindu tetapi pengaruh bahasa Melayu terhadap bahasa Sanskrit sudah demikian meluas. Jika kita bandingkan bahasa Melayu Kuno di atas dengan bahasa Melayu kini, kita akan mendapati perubahan pembentukan bunyi dan perkataan seperti yang berikut ini:

vulan = bulan
nayik = naik
samvau = sampau = sampan (maksudnya perahu yang besar)
mangalap = mengambil (maksudnya mencari)
marlapas = berlepas
mamava = membawa
vala = bala = balatentera
laksa = (menyatakan jumlah yang tidak terkira banyaknya)
dangan = dengan
sarivu = seribu
tlu = telu = tiga
sapuluh dua = sepuluh dua = dua belas
vanakna = banyaknya
sukhacitta = sukacita
marvuat = berbuat
vanua = benua = negeri
ko = ke

3.      Jika dialihbahasakan ke dalam bahasa Melayu isi Batu Bersurat Kedukan Bukit ini lebih kurang seperti yang berikut ini:

Selamat bahagia
pada tahun saka 605 hari kesebelas
dari bulan terang bulan waisaka daputa
baginda naik perahu mencari
rezeki
pada hari ketujuh bulan terang
bulan jyesta dapunta baginda berlepas
dari muara Kampar
membawa askar dua laksa
dua ratus orang di perahu
yang berjalan seribu tiga ratus dua belas banyaknya
datang di matada dengan suka cita
pada hari kelima bulan terang bulan asada
dengan lega datang
membuat negeri ... Seriwijaya

yang berjaya, yang bahagia, yang makmur

4.      Batu Bersurat Talang Tuwo. Kita perhatikan pula bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo yang telah ditransliterasikan ini:

Svasti.
cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra.
sana tatkalana parlak Criksetra ini.
niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini.
niyur pinang hanau rumviya dngan samicrana yang kayu nimakan vuahna.
tathapi haur vuluh pattung ityevamadi.
punarapi yang varlak verkan dngan savad tlaga savanakna yang vualtku sucarita paravis prayojanakan punyana sarvvasatva sacaracara.
varopayana tmu sukha di asannakala di antara margga lai.
tmu muah ya ahara dngan air niminumna.
savanakna vuatna huma parlak mancak muah ya manghidupi pacu prakara.
marhulun tuvi vrddhi muah ya jangam ya niknai savanakna yang upasargga.
pidana svapnavighna.
varang vuatana kathamapi.
anukula yang graha naksatra pravis diya.
Nirvyadhi ajara kavuatanana.
tathapi savanakna yam khrtyana satyarjjava drdhabhakti muah ya dya.
yang mitrana tuvi janan ya kapata yang vivina mulang anukala bharyya muah ya.
varamsthanana lagi curi ucca vadhana paradara di sana punarapi tmu ya kalyanamitra.
marvvangun vodhicitta dngan maitridhari di dang hyang ratnaraya jangan marsarak dngan dang hyang ratnaraya.
tathapi nityakala tyaga marcila ksanti marvvangun viryya rajin tahu di samicrana cilpakala paravis.
samahitacinta.
tmu ya prajna smrti medhavi.
punarapi dhairyyamani mahasattva vajracarira.
anubamacakti.
jaya tathapi jatismara.
avikalendriya.
mancak rupa.
subjaga hasin halap.
ade yavakya vrahmasvara.
jadi laki.
svayambtu.
puna (ra) pi tmu ya cintamaninidhana tmu janmavacita. karmmavacita clecavacita
avasana tmu ya anuttarabhisamyaksam vodhi.

5.      Bahasa Melayu Kuno yang dapat kita kesan daripada batu bersurat di atas di antara lain ialah:

vulan = bulan
tatkalana = tatkalanya
nivarbuat = diperbuat
savanakna = sebanyaknya
nitanam = ditanam
niyur = nyiur
hanau = enau
rumvia = rumbia
dngan = dengan
nimakan = dimakan
vuahna = buahnya
tathapi = tetapi
haur = aur
vuluh = buluh
pattung = betung
tlaga = telaga
punyana = punyanya
tmu = temu, bertemu
margga = marga
sukha = suka
niminumna = diminumnya
savanakna = sebanyaknya, sebanyak-banyaknya
vuatna = buatnya
manghidupi = menghidupi
prakara = perkara
varang = barang
vuatana = buatannya
marvvangun = membangun

6.      Harun Aminurrashid mengutip terjemahan Slametmuljana berkenaan dengan bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo tersebut adalah seperti yang berikut ini:

Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra, itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Ini Pesan Dapunta Hyang: Semuanya yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu. Demikian pula taman-taman lainnya dengan tebat telaga, semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit, dibuat awet muda. Dan lagi hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau janganlah mereka itu menderhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai isteri pada beliau. Di manapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun bodhichita dengan maitri, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuliten, pengetahuan tentang perbezaan semua sipakala dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa upama, kemenangan, dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau, indria lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara, memperoleh janmawacita, karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambodhi.

7.      Daripada terjemahan ini jelas pada kita bahawa bahasa Sanskrit yang tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dikekalkan dalam bahasa asalnya.

8.      Batu Bersurat Kota Kapur. Pada Batu Bersurat Kota Kapur perkataan/bahasa Melayu telah lebih banyak ditemui dan unsur bahasa Sanskrit semakin berkurang. Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti: abai, aku, batu, banyak, benua, beri, buat, bulan, bunuh, datu, dengan, di dalam, dosanya, durhaka, gelar, hamba, jahat, jangan, kait, kasihan, kedatuan, keliwat, kita, lawan, maka, mati, merdeka, mula, orang, pahat, persumpahan, pulang, roga, sakit, suruh, tapik, tambal, tatkalanya, tetapi, tida, tuba, ujar, ulang, ulu, dan yang. Imbuhan awalan ialah: ni-, di-, mar-, par-, ka-. Imbuhan akhiran pula ialah: -i dan -an.  

9.      Batu Bersurat Karang Brahi. Bukti bertulis yang terdapat pada batu bersurat ini merupakan salah satu batu bersurat terpenting, namun tidak banyak maklumat yang diketahui dengan pasti tentang bahasa Melayu Kuno pada batu bersurat ini.

10.  Di samping batu bersurat yang telah dinyatakan di atas sebenarnya ada lagi batu bersurat yang agak penting diketahui, iaitu Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M) di Sumatera Barat. Pada batu bersurat ini tertulis beberapa sajak Sanskrit dengan sedikit prosa Melayu Kuno dengan menggunakan huruf India dan satu lagi di Aceh yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan ditulis dengan tulisan India, menggunakan bahasa Melayu, Sanskrit, dan Arab.

Kepentingan Prasasti




1.         Bukti kewujudan bahasa Melayu kuno.

2.         Bahan kajian bahasa Melayu kuno.

3.         Memperlihatkan tahap-tahap perkembangan bahasa Melayu

Rumpun dan Keluarga Bahasa


RUMPUN DAN KELUARGA BAHASA

Rumpun dan Keluarga Bahasa

1.      Filum ialah kelompok bahasa yang berusia 5,000 tahun.
2.      Rumpun ialah kelompok bahasa daripada satu filum yang berusia 2,500 – 5,000 tahun.
3.      Keluarga ialah kelompok bahasa pecahan daripada keluarga yang berusia kurang daripada 2,500 tahun




Filum



rumpun           rumpun           rumpun
 


keluarga          keluarga          keluarga          keluarga
 


subkeluarga                subkeluarga                subkeluarga               subkeluarga
 


bahasa             bahasa                         bahasa             bahasa





RUMPUN BAHASA AUSTRONESIA


1.      Bahasa Melayu termasuk dalam rumpun bahasa-bahasa Austronesia.
2.      Rumpun Bahasa Austronesia terdiri daripada keluarga bahasa Melanesia, Mikronesia, Polinesia, dan Indonesia.
3.      Keluarga bahasa Indonesia terdiri daripada 16 subkeluarga bahasa. Salah satu daripadanya ialah Subkeluarga Sumatera.
4.      Bahasa Melayu berada dalam subkeluarga bahasa Sumatera.










Filum Austris


Rumpun                      Rumpun                      Rumpun
Austroasia                  Austronesia                Tibet-China
 


Keluarga                     Keluarga                     Keluarga                     Keluarga
Melanesia                   Indonesia                    Mikronesia                  Polinesia
 


Subkeluarga

 




1.         Subkeluarga Filipina
2.         Sub keluarga Sumatera
3.         Subkeluarga Jawa
4.         Subkeluarga Kalimantan
5.         Subkeluarga Bali-Sasak
6.         Subkeluarga Gorontalo

7.         Subkeluarga Tomini
8.         Subkeluarga Toraja
9.         Subkeluarga Loinang
10.     Subkeluarga Bunku-laki
11.     Subkeluarga Sulawesi
12.     Subkeluarga Muna-Butung
13.     Subkeluarga Bima-Sumba
14.     Subkeluarga Ambon-Timor
15.     Subkeluarga Sula Bacon
16.     Sub keluarga Helmahera Selata



Bil
Sub Keluarga
Contoh Bahasa
1.      
  Filipina
Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Sulu, Palau, Tumbulu
2.      
  Sumatera
Acheh, Batak (Karo, Toba, Angkola-Mendeleng), Minangkabau
Melayu, Nias, Lampung, Orang Laut
3.      
  Jawa
Sunda, Jawa, Madura
4.      
  Kalimantan
Iban, Kenyah, Kayan, Melanau
5.      
  Bali-Sasak
Bali, Sasak, Sumbawa
6.      
  Gorontalo
Bulanga, Kaidipan, Gorontalo, Buoi
7.      
  Tomini
Tomini
8.      
  Toraja
Kaili, Bare’e, Wotu
9.      
  Loinang
Loinang, Banggai
10.  
  Bunku-laki
Laki, Landawa, Mori, Maputa
11.  
  Sulawesi Selatan
Makasar, Bugis, Seko
12.  
  Muna-Butung
Muna Butung, Butung Selatan, Kerumpa, Wolio
13.  
  Bima-Saumba
Bima, Manggarai, Sumba Barat, Sumba Timur
14.  
  Ambon-Timor
Karo’e, Alor, Roti, Wetar, Bura, Goram, Bandar
15.  
  Sula Bacon
Taliabo, Sula, Bacon
16.  
 Helmahera Selatan
Helmahera Selatan, Nufur, Kowiai

 


CIRI-CIRI BAHASA AUSTRONESIA




1.         Ada kata dasar yang boleh diperluas dengan cara pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.

2.         Bentuk asal kata dasar tidak boleh diubah.

3.         pertalian kata (aneksi) dapat diselanggarakan.

4.         Membezakan konsep “kita” dan “kami”

5.         Tidak membezakan gender.

6.         Ayat tidak memerlukan kata kerja (adverb).

7.         Pernyataan jamak tidak jelas.

8.         Konsep perkalaan / masa tidak jelas.

9.         Ada bentuk kata ganda.

10.     Ada sistem tatabahasa yang tersusun.